KUALA LUMPUR: Tiada istilah mengalah dalam kamus perjuangan pemain beregu wanita negara Teoh Mei Xing, yang akan menggalas tanggungjawab sebagai atlet senior dalam mengharungi saingan Piala Uber 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Pemain berusia 27 tahun itu, bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dalam kejohanan berkenaan, apabila juara Terbuka Perancis 2022 itu memilih untuk memberi tumpuan dalam persiapan ke Sukan Olimpik Paris, bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Semua buat persediaan mereka dengan baik dan fokus untuk Piala Uber tidak kira perseorangan atau beregu. Sedikit tekanan dirasakan, tetapi saya percaya akan keupayaan rakan sepasukan dan akan membuatkan penonton gembira dengan permainan kami dan kami tidak fikir banyak dan akan berikan apa yang termampu.
"Tentu sekali tiada yang mustahil, kita perlu yakin yang kita boleh lakukan, kita berjuang sehingga ke akhirnya (dan) kena percaya boleh pergi suku akhir, kalau terus mengalah, lebih baik tidak pergi langsung," katanya selepas menjalani sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia baru-baru ini.
Mei Xing memaklumkan kem latihan pusat bermula hari ini (17 April), pastinya membantu pemain perseorangan dan beregu mengeratkan perpaduan serta persefahaman antara satu sama lain, apabila sebelum ini mereka mempunyai waktu latihan yang berbeza.
Mengulas mengenai gandingan beliau di Chengdu, Mei Xing memaklumkan beliau berkemungkinan akan dipasangkan dengan Go Pei Kee buat kali ketiga, selepas Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022 dan Terbuka Malaysia 2023.
Bagi saingan Piala Uber 2024, BAM turut menyenaraikan Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee dan Chan Wen Tse, yang bakal berdepan tugasan berat apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Mei Xing berkata, kem latihan pusat bermula hari ini pasti membantu pemain perseorangan dan beregu mengeratkan perpaduan serta persefahaman antara satu sama lain. - Gambar fail/BERNAMA
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.